Miss Huda
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF
Hukum menutup aurat
Wednesday, 3 April 2013 @ 17:40 | 0 Comment [s]


Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita semata-mata untuk mereka berkongsi hidup di dunia ini, sesama mereka pula saling memerlukan dan lengkap melengkapi di antara satu sama lain, betapa indah dan bahagianya hidup ini, jika manusia mematuhi dan mentaati perintah Allah kerana itulah sebenarnya kunci dan rahsia kehidupan bahagia yang hakiki dan mampu menolak kepalsuan.
Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.

Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.

Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat sahaja. Manakala yang bukan Islam mereka diperintahkan Allah supaya mengenal Allah atau makrifatullah terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan perintah-perintah yang lain. Namun begitu kita berharap mereka yang bukan Islam juga hendaklah memakai pakaian yang bersopan ketika berada di tempat awam.

Kita sebagaikaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar untuk mereka tunai dan laksanakan.Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di dalam Al.Quran.
Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.

"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telahmenurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmudan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian daritanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahanmereka selalu ingat".Surah Al.A'araaf (26)
____________________

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteriorang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkanjilbabnya ke seluruh tubuh mereka".Yang demikian itu supaya mereka lebih mudahuntuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".Surah Al.Ahzab (59)


*Pakai tudung tak wajib,tapi WAJIB tutup aurat.
*Pakai tudung bukan bila sudah dapat hidayah,tapi memang WAJIB!



| Newer Post
The Disclaimer!


Amira Huda Noradi.Aku tidaklah semulia Fatimah Az-Zahra,apa lagi sesabar Masyitah dan sumaiyah,maupun seteguh Aisya Humaira.
Shout Out!



The Credits!


Basecode : Adila
Edit By : AzuNyan
Re-edit By : Huda
Big Help From :A Z U