Miss Huda
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF
Hey orang Malaysia
Sunday 16 March 2014 @ 00:34 | 0 Comment [s]

Bukan entri membuat spekulasi apa jadi pada pesawat MH370 yang kecoh menjadi bualan dunia.

Bukan juga entri tentang betapa ridikulusnya pakcik-pakcik bomoh di lapangan terbang yang gah namanya di persada dunia.

Tapi entri ni lebih kepada kekesalan pada apa yang berlaku pada jiwa.


Hei orang-orang Malaysia.

Ingat lagi kisah ikan dan kerang di Lahad Datu?

Ingat lagi kisah cuaca sejuk yang katanya bakal saja turun salji?

Ingat lagi kisah perbalahan demi perbalahan dalam politik?


Kisah jerebu?

Kisah kemarau?

Sakit yang banyak merebak?

Macam mana dengan kehilangan MH370?



"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin." Az-Zariyat:55



Alright. Let's cut to the chase.


Taktau nak kata apa. Hampa semua dah besaq. Boleh pikiaq. (buka blog terus hilang idea nak menulis, can you imagine?! Hahahadeih parahnya T_T)


Untuk tak buang masa, saya bagi simple introduction dulu lah.

Ingat lagi masa hari-hari di mana Malaysia dihantar angin sejuk.


Terbaca komen-komen sejuknya Malaysia. Tanya bila nak panas.

Dan hari ni, Allah hadiahkan cuaca panas.


Panas tanpa hujan.

Panas yang mengeringkan.

Panas yang meletihkan.

Panas yang berpanjangan.



Allah tarik nikmat air bersih.

Allah tarik nikmat udara segara.

Allah tarik nikmat gembira dengan berita kehilangan pesawat yang tersebar luas hingga ke setiap pelosok dunia.


Ada satu yang Allah tak tarik, harapnya.

Hidayah.


*****

Jangan risau tentang kiamat, lambat atau cepat, ia akan berlaku dengan izin Allah.

Jangan risau tentang mati, tak ada yang hidup melainkan akan merasai mati. (boleh rujuk surah Ali Imran ayat 185)


Tapi risau tentang iman. Sebab tak semua manusia dapat rasa manisnya iman.


"Ala kak, rileks lah. Muda-muda ni enjoy-lah. Nanti dah tua baru cari sejadah."

Tersedak. Huhu.

Ini jawapannya - Ala dik, sejadah memang boleh tunggu kita sampai kita tua, tadehal. Tapi kain kafan tu kalau masa muda dia dah nak balut kita, nak buat macam mana?


Pernah dengar nasyid dari kumpulan Aeman? Tajuknya jangan lupa sembahyang.

Wahai adik yang kucinta.
Adik-adikku sayang.
Dengar nasihat abang,
Mari kita pergi sembahyang.


*****


Sebenarnya saya tak ada clue macam mana nak bantu baik pulih keadaan negara.

Sebabnya, politikkan islam tu mudah. Tapi mengislamkan politik tu payah.


Okey jangan cakap pasal politik. Dah jadi isu sensitif bagi rakyat Malaysia.

*****

Senang kata macam ni lah.

Apa kata kita kembali kepada Al Quran dan sunnah?

Kembali kepad Allah?

Bertaubat dengan sebenar-benar taubat.


Solat hajat.

Agar kebakaran hutan, kemarau dan cuaca panas ni tak lama.


Hei lupa ke? Ujian yang hebat untuk orang yang hebat.

Ini lah masanya nak tahu sejauh mana kita boleh bersangka baik dengan Allah, kan?


Akhir kata, jangan biar orang yang anda sayang jadi perokok kelas kedua (second smoker).

Sebabnya, boleh jadi mereka yang menderita sakit (kanser paru-paru contohnya). Sedangkan yang mengeluarkan duit dan mengeluarkan asap bukannya dia.


Maaf memang lost habis idea. Tak tahu nak tulis apa.


Cuma, jangan menafikan apa yang benar. Jangan menidakkan apa yang haq.


Allah tu Maha Melihat.

"Kenapa kita tak boleh nampak Allah?"

"Sebab yang Maha Melihat tu bukannya kita, tapi Allah ;)"


#Terdiam
Thursday 30 May 2013 @ 21:03 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum,
ye aku tahu.Dah lama sangat aku tak update new entri.Harghh,aku dah tak ada mood senanya dengan alam maya ni.Rasa nak tutp semua acc je.Haihhh,  *eleh mira ni,cakap lebih* .Ye,memang aku selalu cakap je lebih.
 Oke then,mals nak start topik tu,aku senanya nak share something ni.Aku memang suka copy paste benda2 yg menyedarkan dan hopefully macam tu jugak kat korang.Aku blogwalking tadi,aku jumpa blog someone ni.Dia memang betul2 sedarkan aku dengan semua entri dia.Tersentuh jah hati aku ni.
*exercise jari jap
Nama dia Mato.Ekceli tu nama gelaran dia,nama dia yg sebeno-benonya,aku tak berapa tahu pulak.
Tapi satu entri ni,,memang betul-betul buat aku terdiam selama beberapa minit *cewah
Ha baca ni.  :

Kehadapan anda yang bermuka-muka,

Anda yang kononnya sibuk ikut usrah,

Anda yang kononnya dekat dengan Allah,

Anda yang yang doplohpat jam disanjung manusia,

Anda yang sentiasa senyum kononnya dah yakin tak mungkin menjejak neraka,

Anda, anda boleh jamin ke senyuman anda ni akan terus kekal hingga ke syurga? Atau senyuman ni terukir sampai mati saja?

Sudahlah.

Anda, anda tahu tak anda buat dosa hari-hari? Tapi anda sedar tak anda nak buat solat taubat pun belum tentu sebulan sekali? Anda kata nak masuk syurga, tapi kenapa tak berperangai macam ahli syurga?

Anda kata anda nak jadi soleh dan ajak orang lain jadi soleh.

Anda kata anda nak tengok Islam tertegak di muka bumi.

Anda bercita-cita tinggi.

Anda, anda tahu tak cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?

Dan sangat layaklah kalau saya nak kata pada anda, "Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau tu."

Nak sambut macam mana kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?

Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.

Sebab itu saya tegur. Sebab teguran ni untuk saya dan anda.

Sekian,
Luahan Hati Anda



Ha,apa korang rasa?comment?
Aku tercengang lagi sekali ni bila baca entri tu even aku tak c/p penuh.Kalau korang nak baca penuh silalah malayari belog si dia. Nah address, *cewaah,nebes* http://budak-tomato.blogspot.com/2013/05/tanggalkan-kaca-matamu.html

Klah,
Allahumma soli 'ala muhammad
Assalamualaikum


Tiada duka yang abadi didunia.
Wednesday 15 May 2013 @ 22:14 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum.hari ni aku tak banyak sangat benda nak cakap.Siyess idea aku dah disedut vacum,see merepek pulak.Ha ekceli aku tak nak kata apa-apa lah.Benda yg aku boleh buat cumalah ajak korang menghayati lirik lagu ni.Serius menusuk kedalam jiwa aku.Sedih,paserah,rasa bersalah bila dengar lagu ni.Arghh,yg penting semuanya bercampur lah apa yg aku rasa bila dengar lagu ni.Insya Allah lain kali aku kongsi lagu lain pulak hea?Klah,bye.Assalamualaikum.

Tiada duka yang abadi didunia

Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

http://www.youtube.com/watch?v=robmc3CTGOE



=')
Friday 19 April 2013 @ 16:46 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak menginsafi diri aku kejap.Copp!what means by the statement 'kejap'?
tulah kan manusia,insaf kejap je.Esok lusa,dia buat jugak kesalahan yg sama,Kan?tak payah cakap orang lain lah.Aku pon same je.Insaf ny kejap je.Lepas tu?buat jugak benda yg sama.Nampak tak menipunya disitu?Kata nak berubah,tapi?Ya Allah,kejamnya aku buat macam tu.Aku seorang penipu,tak berpegang pada kata2 diri aku sendiri.Sepatutnya,aku tepati apa yg aku kate dulu.Nak berubah!nak berubah!.Ya Allah,kau tolong lah aku untuk berubah,Ya Allah kau kasihanilah aku ,ya Allah.aku tak nak masuk ke neraka?Nauzubillah.YA Allah,kau kasihanilah aku.Kasihanilah aku.Aku tak nak tertinggal seorang diri dalam neraka dan melihat orang2 yg rapat dengan ku,masuk ke syurga.Nauzubillah!.Ya Allah,aku tak sanggup.Aku nak masuk syurga dengan semua ahli keluargaku.Semua kawan2 aku.Aku tak nak ada satu pon diantara mereka yg masuk neraka.Tak nak!
              
Tapi,layakkah aku yg hina ini masuk ke syurga Mu yg suci tu?Layakkah aku?Masih bolehkah aku mendapat pengampunan dari Mu,ya Allah.Dah banyak sangat salah yg aku dah buat.Dah banyak kali aku kecewakan orang2 yg rapat dengan aku.Dah banyak kali aku sakitkan hati dier orang.Banyak kali.Ya Allah,kau bantulah hamba Mu ini ya Allah.Jika sempat untuk aku pergi umrah or haji.Aku janji,akan buat betul2.Aku nak sangat mintak pengampunan dari Mu di sana Ya Allah.
     
Ya Allah,aku berharap yg engkau akan izinkan aku menjejakkan kaki ke sana sebelom aku mati.Sebab aku takut tak sempat untuk minta pengampunan Mu dan memohon supaya engkau membuka pintu hati orang2 yg aku telah sakiti untuk memaafkan aku,ya Allah.Sempat ke aku nak pergi sana ?Ya Allah.Tolonglah aku.Aku nak sangat,sangat,sangat pergi sana sebelom nyawaku di tarik oleh malaikat Mu.Sebab kalau aku mati,aku takut kalau tak de orang yg nak sedekahkan Al-Fatihah untuk aku.Aku takut kalau tak de orang yg nak menguruskan jenazahku,Aku takut takde orang yg nak doakan aku.Aku takut.Kalau aku mati,aku cuma boleh harapkan orang2 sekeliling aku untuk doaakan aku.Tapi kalau dier orang benci kat aku,sapa yg nak buat semua tu untuk aku?
Jika aku dapatkan jejakkan kaki ke tanah suci  Mu,aku akan buat dengan bersungguh2.Aku janji! Ya Allah!
    
*korang,kalau aku mati,jangan lupakan aku ea?dan tolong doakan aku.Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah kat aku tau?Aku harap sangat jasa korang.
Dan kalau aku mati sebelom sempat nak mintak maaf kat korang,aku mohon tolonglah maafkan aku.Halalkan makan dan minum aku.Halalkan segalanya.
Alhamdulillah kalau korang sanggup buat macam tu bila aku tak de nanti.Aku bersyukur sangat walaupn aku jahat dengan korang.

Allahumma soli a'la Muhammad
Assalamualaikum.. =')

Ya Allah =')
Wednesday 17 April 2013 @ 22:14 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.,
Pergi ambik jajan,nak mengunyah ni.Entri ni pon bosan.Bosan k bosan.Tak nak baca pon tak pe.Aku tak harapkan apa2 dari korang.
*let's start typing
hemm,Ya Allah.Banyak betul dugaan.Banyak betul ujian yg kau berikan padaku.Dahlah Amira!Bukan kau sorang je lah.Banyak lagi orang yg lebih berat ujiannye dari kau.Kau tu je yg senang sangat mengalah,senang sangat lemah,senang sangat menyerah.Tu lah pasal kau kate ujian kau banyak.Amira!,kau tak berhak cakap yg kau bnyak dugaan.Kau tak berhak!faham tak?
Kau nak tahu kenapa kau kena semua ni?sebab kau selalu tak ingat Allah.Kau selalu lupakan dia.Kau tak pernah nak bersyukur langsung walaupon kau tengah dalam ujian.Masa kau susah je kau cari Dia.Kau ingat tu je kan?Mase senang,mase kau happy,ade kau nak mengadu kat Dia.Ada?
Kau tu memang hina tahu tak?hina!
Kau jenis orang yg tak kenang budi, and jasa! kau tak bersyukur dengan apa yg kau ada.Tak pernah!.Kau nak ingat Allah cuma kau tengah sedih.Tu je! Amira! betapa kejamnya kau! Ya Allah.Kau berikanlah kesedaran kepada hambaMu ini ya Allah.Ya Allah,berikanlah aku petunjuk dan hidayah Mu,agar aku tidak sesat dalam manusia akhir zaman ini Ya Allah..Ya Allah. ='(
Amira,taubatlah amira.Taubat,taubat,taubat! kau dah banyak sangat dosa.Kau dah banyak sangat buat jahat kat orng.Kau tak sedar lagi ke Amira?Kau dah bnyak kali sakitkan hai kwan2 kau.Ibu bapa kau.Kau tak sedar lagi ke?Habis nanti bila kau mati,sapa nak doakan kau?Sapa yg nak ingat kat kau.Sapa yg nak sedekahkan Al-Fatihah kat kau?sapa?Kalau kau dah sakitkan hati semua orang.Sapa yg nak balutkan jenazah kau dengan kain kapan?sapa yg nak buat tu semua?sapa?kau kena ingat Amira,yg dekat itu adalah kematian.Kau tak sedar2 lagi ke?Ya Allah,kejamnya aku menzalimi diri aku sendiri.

*Sini ada 3 tanda-tanda akhir zaman
1.Anak-anak lebihkan kawan2 dari ibu bapa
2.Anak-anak benci kepada bapa
3.Anak-anak benci dan derhaka kepada mak

korang rase tanda2 tu ada tak pada korang?
sama-samalh kita renungkan.Sekian.
Allahumman soli 'ala muhammad.
Assalamualaikum


Sempat atau tak?
Saturday 6 April 2013 @ 15:03 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.Tak jawab dosa. Tett~
Aku nak start nie.ha,kau! haa kaulah!duduk boleh? Pergi ambil bantal sana ,aku tahu entri aku membosankan kan?
Sudah2.sapa kesah?
hari ni tajuknya sempat ke tak?maksud aku yg part sempat atau tak tu maksudnya,sempat tak kita semua ni nak bertaubat?Sempat ke kita nak taubat sebelom nyawa kita ditarik dengan malaikat Izrail yg tengah tunggu bila lah Allah nak izinkan dia untuk cabut nyawa kita nie.Sempat ke kita nak mintaak maaf dari Allah ?Sempat ke kita nak mintak maaf dari ibu bapak kita?Sempat tak kita nak minta maaf dengan adik -beradik kita?Sempat tak kita nak mintak maaf dengan kawan2 kita?Sempat tak kita nak mintamaaf kat Nabi sebab kita selalu lupakan dia,ingkar dengan sunah nya?Sempat tak?
Kita selalu cakap,bila kita buat salah,'nanti dah tua aku taubatlah'.Masaalahnya,malaikat izrail tak tunggu umur kita sampai dah tua baru dia nak cabut.Ha,sekarang ni pon kalau dengan izin Allah,dia boleh je rentap teros nyawa kita je.Sempat tak kita mintak maaf dekat Allah sebab kita tinggalkan solat2 yg lepas dengan sengaja?Sempat ke kita nak mintak maaf kat Ibu Bapa bila kita mengguris hati dier orang tanpa kita sedar?Sempat ke kita nak mintak maaf kat kawan2 kalau kita ada kutuk atau caci orang?Sempat tak?
Kalau tak sempat macam mane?Aku takut aku yg tak sempat nanti.Aku tak nak tanggung dosa dengan manusia sedangkan dosa aku dengan Allah pon dah banyak.Masih layakkah aku mendapat pengampunan dari Allah?Aku jahil dalam mengejar ilmu akhirat.Aku jahil ya Allah!Betapa hinanya hamba Mu ini ya Allah.Engkau memang sempurna sebab engkau masih beri aku peluang untuk aku hidup,bernafas udara Mu ni.Tapi aku?aku makin berdosa sebab hanya kejarkan dunia yg fanaa ni.Hinanya aku .
Ambik tisu jap eah?hingus dah start nak keluar ni.*sumbat hidung dengan cottonbat
Aku rase kalau dosa kita ni boleh nampak.memang hari2 kita tak keluar rumah,sebab busy nak mintak maaf dengan Allah.Tengok jelah Nabi Muhammad SAW pon bersungguh2 bertasbih,berzikir walaupon baginda tak de satu dosa pon.Kita?dosa dah segunung pon masih tak insaf2 lagi.Aku hina sebab buat macam tu!aku hina! ya Allah,masih kah Engkau buka pintu pengampunan untuk aku?
Aku takut aku tak sempat nak bertaubat.
Dosa dengan kawan2 lagi?dosa dengan ibu bapa lagi?
Aku tak sanggup Ya Allah!aku tak sanggup.Betapa indahnya kalau kita mati syahid dalam perjuangkan islam?
                              
Ya Allah,betapa engkau muliakn orang yg pertahankan islam.Betapa engkau anugerahkan kesucian kepada mereka.Betapa engkau mengangkat darjat mereka.
Sempat ke kita ucap LA ILA HA ILLA LLAH.
masa kita bergelut untuk mati?sempat ke aku nak ucap kalimah suci Mu itu ya Allah?Sape yg akan tolong kita masa bersoal jawab dengan Malaikat dalam kubur nanti?Siapa?Sapa nak tolong kita?Siapa yg nak ingat kita?siapa yg nak mendoakn kita nanti?kalau kita tak sempat nak mintak maaf kat semua orang dan bertaubat.Sempat kah kita untuk bertaubat?sempattak kita untuk mintak ampun dengan Allah?Sempat?
Kita akhiri dengan mengingati junjungan besar Nabi Muhammad.
Allahumma Soli A'la Muhammad
Assalamualaikum


Bersyukur
Friday 5 April 2013 @ 18:18 | 2 Comment [s]

 Assalamualaikum..
Ha,hari ni kita sambung eah?walaupun aku tahu tak de sape yg rajen nak bace blog aku yg bnyak betol kekurangan ni kan?tapi aku still nak cerita jugak.hahah.anoyying? oke2 chill2 dulu.jangan lah anoyying~Gurau lah sayang.*Sayang? haha ,coiii!
Ha,harini tajuknya bersyukur.Aku cuma nak flashback sikit tajuk y lepas yg menutup aurat tu.Ha orang tak tutup aurat tu maknanya dia tak bersyukur dengan apa yg Allah dah bagi.Oke2,berbalik kepada tajuk sekarang nie.Kita sebagai hamba Allah yg bukan lah apa2 kalau nak dibandingkan dengan Nya,kita kenalah bersukur dengan apa yg Allah dah bagi.Betapa hinanya kita kalau kita tak bersyukur dengan apa yg Allah bagi.Aku pon bukannya baik sangat kalau nak sentuh bab2 nie.Tapi manusia kena lah saling ingat-mengingatkan kan?Aku tahu,aku sedar,aku bukannya selalu bersyukur dengan apa yg Allah bagi. .Makin bnyak pulak benda yg aku mintak padahal nikmat yg ada pon aku tak reti nak bersyukur,apatah lagi nikmat yg kita mintak nanti.Hemm,ucapkan alhamdulillah pon dah oke dah..Nanti bila Allah dah tarik balik nikmat tu,barulah kita menyesal.
                                        

*Sigh, exercise mulut jap.Dengan Oreo!
Kita nie bukannya nak bersukur dengan apa yg kita dah ada.Makin bnyak merungut.Kita cakap kita yg paling banyak dugaan~habestu cuba kau fikir orang2 yg kat Gaza?orang2 yg kat Somalia?die orang lagi besar dugaan dari kita.Dier orang boleh bersabar dengan dugaan yg Allah bagi kat dier orang tapi kenapa kita tak?Sebabnya kita selalu tengok orang lain yg dapat segalanya lebih baik dari kita kan?Korang pikir lah kan ,dier orang tak makan beberapa hari pon masih bersykur sebab masih ada air untuk teruskan hidup.Kita?mak goreng telur je sebab tak sempat kita dah merungut.Sedih sangat bila tengok orang macam tu.Dier orang yg kat sana tu,makan nasi yg dah berterabur pon dah bersyukur.Kita?
Ya Allah,betapa mulianya dier orang Ya Allah!
Subhanallah.
                                 
Kesian dekat budak2 kat sana yg masih kecik tapi terpaksa menempuh hidup tanpa ibu bapa dah.Ya Allah betapa beruntungnya aku yg engkau masih benarkan aku bersama ibu bapaku.
*Gosok mata jap.Masuk lalat lah~
Kalau kita tengo kesengsaraan budak2 kat Gaza memang meleleh air mata.Kecik2 lagi dah luka sana,luka sini sebab berperang mempertahankan islam.Kita?terlampau jauh perbezaan dierorang dengan kita.Sepatutnya kita bersyukur bukan makin merungut.kan?
Okelah.korang pon penat dah nak baca kan?sambung lain kali ya?
Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Assalamualaikum.


Older Post
The Disclaimer!


Amira Huda Noradi.Aku tidaklah semulia Fatimah Az-Zahra,apa lagi sesabar Masyitah dan sumaiyah,maupun seteguh Aisya Humaira.
Shout Out!



The Credits!


Basecode : Adila
Edit By : AzuNyan
Re-edit By : Huda
Big Help From :A Z U