Miss Huda
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF
Hey orang Malaysia
Sunday 16 March 2014 @ 00:34 | 0 Comment [s]

Bukan entri membuat spekulasi apa jadi pada pesawat MH370 yang kecoh menjadi bualan dunia.

Bukan juga entri tentang betapa ridikulusnya pakcik-pakcik bomoh di lapangan terbang yang gah namanya di persada dunia.

Tapi entri ni lebih kepada kekesalan pada apa yang berlaku pada jiwa.


Hei orang-orang Malaysia.

Ingat lagi kisah ikan dan kerang di Lahad Datu?

Ingat lagi kisah cuaca sejuk yang katanya bakal saja turun salji?

Ingat lagi kisah perbalahan demi perbalahan dalam politik?


Kisah jerebu?

Kisah kemarau?

Sakit yang banyak merebak?

Macam mana dengan kehilangan MH370?



"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin." Az-Zariyat:55



Alright. Let's cut to the chase.


Taktau nak kata apa. Hampa semua dah besaq. Boleh pikiaq. (buka blog terus hilang idea nak menulis, can you imagine?! Hahahadeih parahnya T_T)


Untuk tak buang masa, saya bagi simple introduction dulu lah.

Ingat lagi masa hari-hari di mana Malaysia dihantar angin sejuk.


Terbaca komen-komen sejuknya Malaysia. Tanya bila nak panas.

Dan hari ni, Allah hadiahkan cuaca panas.


Panas tanpa hujan.

Panas yang mengeringkan.

Panas yang meletihkan.

Panas yang berpanjangan.



Allah tarik nikmat air bersih.

Allah tarik nikmat udara segara.

Allah tarik nikmat gembira dengan berita kehilangan pesawat yang tersebar luas hingga ke setiap pelosok dunia.


Ada satu yang Allah tak tarik, harapnya.

Hidayah.


*****

Jangan risau tentang kiamat, lambat atau cepat, ia akan berlaku dengan izin Allah.

Jangan risau tentang mati, tak ada yang hidup melainkan akan merasai mati. (boleh rujuk surah Ali Imran ayat 185)


Tapi risau tentang iman. Sebab tak semua manusia dapat rasa manisnya iman.


"Ala kak, rileks lah. Muda-muda ni enjoy-lah. Nanti dah tua baru cari sejadah."

Tersedak. Huhu.

Ini jawapannya - Ala dik, sejadah memang boleh tunggu kita sampai kita tua, tadehal. Tapi kain kafan tu kalau masa muda dia dah nak balut kita, nak buat macam mana?


Pernah dengar nasyid dari kumpulan Aeman? Tajuknya jangan lupa sembahyang.

Wahai adik yang kucinta.
Adik-adikku sayang.
Dengar nasihat abang,
Mari kita pergi sembahyang.


*****


Sebenarnya saya tak ada clue macam mana nak bantu baik pulih keadaan negara.

Sebabnya, politikkan islam tu mudah. Tapi mengislamkan politik tu payah.


Okey jangan cakap pasal politik. Dah jadi isu sensitif bagi rakyat Malaysia.

*****

Senang kata macam ni lah.

Apa kata kita kembali kepada Al Quran dan sunnah?

Kembali kepad Allah?

Bertaubat dengan sebenar-benar taubat.


Solat hajat.

Agar kebakaran hutan, kemarau dan cuaca panas ni tak lama.


Hei lupa ke? Ujian yang hebat untuk orang yang hebat.

Ini lah masanya nak tahu sejauh mana kita boleh bersangka baik dengan Allah, kan?


Akhir kata, jangan biar orang yang anda sayang jadi perokok kelas kedua (second smoker).

Sebabnya, boleh jadi mereka yang menderita sakit (kanser paru-paru contohnya). Sedangkan yang mengeluarkan duit dan mengeluarkan asap bukannya dia.


Maaf memang lost habis idea. Tak tahu nak tulis apa.


Cuma, jangan menafikan apa yang benar. Jangan menidakkan apa yang haq.


Allah tu Maha Melihat.

"Kenapa kita tak boleh nampak Allah?"

"Sebab yang Maha Melihat tu bukannya kita, tapi Allah ;)"



Older Post
The Disclaimer!


Amira Huda Noradi.Aku tidaklah semulia Fatimah Az-Zahra,apa lagi sesabar Masyitah dan sumaiyah,maupun seteguh Aisya Humaira.
Shout Out!



The Credits!


Basecode : Adila
Edit By : AzuNyan
Re-edit By : Huda
Big Help From :A Z U